TAKAFUL GANTIAN GAJI (INCOME REPLACEMENT PLAN)

Takaful Gantian Gaji merupakan pelan untuk mengekalkan pendapatan sekiranya anda mengalami 4 perkara di bawah. 

a) Sakit kritikal
b) Hilang upaya kekal
c) Kematian Mengejut atau meninggal diusia muda
d) Diwadkan di hospital dalam tempoh yang lama

Takaful Gantian Gaji merupakan pelan asas yang sering diabaikan orang Malaysia yang lebih menumpukan takaful perubatan atau kad perubatan. Tidak salah jika fokus pada perubatan, cuma anda JANGAN abaikan Takaful Gantian Gaji. 

Dah tanya diri anda? Anda boleh elak 4 perkara diatas ni? Jika tak boleh. Teruskan baca. Saya buka minda anda supaya anda lebih bersedia mengurus kewangan masa hadapan. 

Saya sediakan beberapa contoh untuk anda faham bagaimana pelan ini kekalkan pendapatan bulanan atau tahunan anda. 

Dapatkan Sebutharga Takaful Gantian Gaji Anda.

Menghidap sakit kritikal dan hilang upaya kekal.

Contoh: Sekiranya anda berada dalam keadaan tidak sihat. Ditakdirkan anda menghidap kanser pada bulan lepas.

Apakah majikan anda masih akan benarkan anda bekerja seperti biasa dalam keadaan anda yang tidak cergas?
Kemungkinan besar akan keluarkan surat untuk anda bersedia melepaskan jawatan kerana ramai lagi calon yang masih sihat dan cergas untuk melakukan tugasan anda.

Dalam situasi ini, apakah anda masih mempunyai pendapatan yang sama seperti masih bekerja? Layakkah untuk anda mencari pekerjaan baru dalam keadaan yang tidak mengizinkan?

Masalah yang sama akan anda hadapi apabila hilang upaya kekal seperti stroke, lumpuh kedua belah kaki, atau lumpuh seluruh anggota badan .

Adakah anda mempunyai simpanan yang kukuh untuk menganti pendapatan yang hilang ?

Meninggal dunia mengejut atau diusia muda.

Anda semua mempunyai komitmen terhadap keluarga seperti anak, isteri, dan ibu bapa. Mereka sangat bergantung kepada pendapatan anda dalam menjalani kehidupan seharian. Katakan pendapatan anda RM2500.00 dan isteri anda RM2500.00 bersamaan  RM5,000.00. 

Sekiranya anda meninggal dunia, pendapatan keluarga anda hilang separuh, hanya tinggal RM2,500.00. Sukar untuk mereka teruskan perbelanjaan harian dengan pengurangan pendapatan secara mendadak itu.

Diwadkan dengan tempoh yang lama.

Teringat ketika saya bekerja di salah satu syarikat yang besar di Penang . Rakan saya hanya dibayar gaji tanpa bekerja selama 4 bulan. Sedangkan dia terlantar di hospital hampir 1 tahun.

Isterinya terpaksa bertungkus lumus bekerja mencari wang dan masa yang sana menjaga beliau dan anak-anak. Percayalah, hidup mereka sangat susah.

Jadi siapa yang perlukan Takaful Gantian Gaji ini? Mereka yang merupakan sumber pendapatan kepada keluarga memerlukan ini. Suami, isteri yang bekerja, ibu tunggal, anak sulung, dan lain-lain lagi. 

Tanpa anda, kewangan keluarga anda akan terganggu apabila berlaku musibah yang saya jelaskan tadi.